Polis siasat ketua pengarah langgar SOP rasmi rumah terbuka Aidilfitri di UPM

email sharing button

 

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bahawa Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Husaini Omar melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan merasmikan majlis Hari Raya Aidilfitri di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan setelah satu artikel diterbitkan oleh sebuah portal berita berhubung insiden itu, semalam.

“Siasatan awal mendapati program itu turut membabitkan kehadiran mahasiswa dan pihak pengurusan universiti berkenaan.



“Difahamkan program itu dianjurkan sempena penyampaian sumbangan Hari Raya kepada mahasiswa, selain jamuan.

“Berdasarkan gambar yang dimuat naik, kelihatan kehadiran tetamu dan juga mahasiswa ke program berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan berhubung perkara itu dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan.

“Jika disabitkan kesalahan, kompaun sebanyak RM2,000 boleh dikenakan ke atas pengunjung dan RM10,000 terhadap penganjur.



Adun Chukai pula langgar SOP ziarah Aidilfitri

“Kertas siasatan berhubung kejadian itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat,” katanya.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan bahawa Husaini didakwa melanggar SOP PKP apabila melancarkan program berkenaan Khamis lalu.



Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan bahawa perhimpunan rasmi atau tidak rasmi kerajaan serta swasta tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh pelaksanaan PKP.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT




Penyelesaian dua negara: Muhyiddin khianat rakyat Palestin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker