300 kg ikan dirampas, bot bersama empat kru Thailand ditahan
Kesalahan kerana menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama empat kru warga Thailand dan merampas 300 kilogram hasil ikan kerana dipercayai melanggar syarat sah lesen di 7.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak, Jumaat lepas.
Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan dilakukan Kapal Maritim (KM) Malawali yang sedang melaksanakan Ops Benteng dan Ops Pintas di persempadanan perairan negeri kira-kira 2.40 petang.
“Pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu yang sedang menangkap ikan dikendalikan empat kru warga Thailand termasuk tekong berumur lingkungan 35 hingga 44 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Tiada kawan, musuh kekal dalam politik – Najib
“Bot kelas C itu disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua individu berkenaan telah dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu, Sitiawan untuk tindakan lanjut. -Bernama
Baca Artikel Menarik
- ‘Hari Nakbah Palestin’ – Malapetaka Besar Buat Umat Islam
- Resepi Grill Salmon Bersama Sos Putih
- Seleweng dana Aid4Palestine: Buat laporan jika ada bukti saya , kata anak Hadi
- Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce
- Media negara asing sudah mula cari pasal dengan Malaysia – Najib
Layari Laman Facebook My KMU NeT
Dengan segala kelonggaran, sebenarnya kita buat PKP ini untuk apa? – Najib Razak