Setahun tak jumpa suami, wanita nekad sembunyi dalam but untuk rentas negeri


Seorang wanita warga Indonesia tanpa dokumen yang tinggal di Nilai, Negeri Sembilan nekad merentas negeri dalam but kereta untuk berjumpa suaminya yang tidak ditemuinya sejak setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu dipetik Bernama berkata, wanita berusia 23 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki yang juga pemandu kenderaan e-panggilan berusia 27 tahun beralamat di Seremban, pada kira-kira 2.30 petang di Plaza Tol Simpang Ampat di sini.

“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan sebelum itu berada di tempat duduk belakang kenderaan ditumpanginya, dan bertindak masuk ke dalam but kenderaan itu beberapa meter sebelum sampai ke sekatan jalan raya di plaza tol berkenaan.

“Wanita berkenaan ditemui di dalam but kereta dalam keadaan berbaring ketika pemeriksaan anggota keselamatan di sekatan jalan raya plaza tol tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan nekad mengambil tindakan sedemikian, selepas setahun tidak bertemu dengan suaminya yang berada di Rembia.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pengenalan diri yang sah, Seksyen 56(1)(D) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing tanpa dokumen yang sah, dan Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. FMT

SAH: Rentas negeri, daerah di seluruh negara dilarang mulai 10 Mei hingga 6 Jun ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker