Mahathir langgar SOP (PKP)

Mahathir langgar SOP (PKP). Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa dirinya telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke sebuah surau di Langkawi pada Sabtu lalu.

Katanya, tindakan itu merupakan satu kesalahan dan tidak seharusnya berlaku.

“Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan.

“Pada 8hb Mei, saya balik ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program sampaikan sumbangan bulan Ramadhan serta Aidilfitri di kawasan Parlimen saya. Antaranya sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah.

 

“Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini tular di media sosial yang memaparkan video yang menunjukkan bekas perdana menteri itu melanggar kesalahan SOP ketika menghadiri satu majlis di Langkawi.

Dr Mahathir dipaparkan gagal mengimbas suhu dan MySejahtera ketika memasuki kawasan surau tersebut walaupun disediakan alat pengimbas suhu dan juga kod imbasan MySejahtera.

Video itu juga dikongsi oleh beberapa pemimpin Umno termasuk bekas presidennya Najib Razak.

Najib baru-baru ini didenda RM3,000 kerana melanggar SOP Covid-19 tidak merekodkan kehadirannya di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Bukit Bintang selain tidak membuat pemeriksaan suhu badan ketika memasuki premis berkenaan pada 19 Mac lalu.

Restoran nasi ayam yang dikunjunginya pula dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Mengulas lanjut kejadian itu, Dr Mahathir yang juga adalah ahli parlimen Langkawi mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP dan menjaga keselamatan masing-masing.

 

“Covid-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini.

“Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” katanya.

Mahathir langgar SOP (PKP)


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Anak ‘celaka’ tikam ibu sedang solat tarawih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker