Wan Fayhsal tak setuju solat aidilfitri di kawasan terbuka

Sebaran :

Solat Aidilfitri di kawasan terbuka: Timb menteri tak setuju mufti

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak bersetuju dengan cadangan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin agar solat sunat Hari Raya Aidilfitri dibenarkan di kawasan terbuka.

Ahmad Fayhsal berkata, cabaran sebenar bukanlah sewaktu solat sunat Aidilfitri, tetapi sebelum dan selepas mengerjakan ibadah berkenaan yang lazimnya dilakukan secara berjemaah di masjid dan surau.

“Cabaran sebenar bukan sewaktu solat tapi pergerakan sebelum dan selepas solat khususnya melibatkan warga emas.



“Dari segi awlawiyat dan rukhsah eloklah kita hadkan seperti yang telah diumumkan oleh MKN. Kita tetap menunaikan maqasid al-shari’ah dalam menjaga agama (hifz al-din) dan nyawa (hifz al-nafs).

“Mohon tidak bersetuju dengan Sahib al-Samahah Dr Maza (Asri),” katanya di Facebook.

Terdahulu di Facebooknya itu, Asri mencadangkan agar solat sunat hari raya diadakan di kawasan terbuka dengan memetik prosedur operasi standard (SOP) diumumkan perdana menteri semalam.

SOP itu antara lain melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali aktiviti individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal.



“Jika senaman di kawasan terbuka dengan mengamalkan penjarakan fizikal dibolehkan, harap tiada halangan untuk solat hari raya di kawasan terbuka dengan mengamalkan penjarakan fizikal. SOP semasa solat tidak bersentuhan dan dijarakkan,” kata Asri.

Mengulas lanjut, ketua pemuda Bersatu itu berkata daripada segi keutamaan, adalah lebih baik solat sunat hari raya dihadkan seperti saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semalam, Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) diperluas di seluruh negara, berkuat kuasa 12 Mei hingga 7 Jun.

Antara perintah yang dikuatkuasakan adalah, seluruh masjid dan surau hanya dibenarkan menerima kehadiran tidak lebih 50 atau 20 orang sahaja untuk solat sunat hari raya nanti, bergantung kapasiti bagi setiap masjid dan surau.



Kehadiran 50 orang dibenarkan untuk masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang pula dibenarkan bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.

Had bilangan jemaah yang sama turut terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat. Mk

Cetak wang kertas lebih banyak untuk diagihkan kepada rakyat – Wan Fayhsal


Sebaran :

Leave a Reply