Ismail pertahan SOP berubah-ubah

 

Ada sebab mengapa prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan berubah dari semasa ke semasa, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Mempertahankan langkah itu sebagai suatu keperluan, menteri kanan itu menjelaskan, kerajaan perlu membuat penyesuaian berdasarkan keadaan semasa.

“Ramai yang bertanya mengapa (SOP) seminggu lepas berbeza dengan apa yang ada hari ini.

“Ianya adalah kerana – seperti juga kes-kes Covid-19 yang begitu dinamik – kita juga terpaksa sediakan SOP berdasarkan situasi semasa,” katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya hari ini.

Ia diadakan menjelang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula tengah malam ini.

Kata Ismail Sabri situasi pada tiga bulan lalu adalah berbeza dengan apa yang berlaku pada hari ini.

Justeru katanya kerajaan perlu menyesuaikan SOP dengan keadaan terkini.

Nak raya, PKP 3.0 SOP mengelirukan: Rakyat sedang marah PN, PPBM

Terdahulu muncul rungutan kerana berlaku kekeliruan terhadap SOP sebenar yang berubah dari semasa ke semasa hingga menyusahkan orang ramai.

Ia juga mendorong ada pihak yang dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

Menurut Ismail Sabri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada hari ini sudah membincang dan memperincikan SOP untuk PKP 3.0 dan ia diseragamkan di seluruh negara.

Jika sebelum ini, katanya, orang ramai keliru di antara SOP untuk PKP, PKP bersyarat, PKP pemulihan dan PKP diperketatkan, kini sepatutnya isu itu tidak timbul lagi.

“Sekarang kita buat hanya satu SOP untuk seluruh negara, yang melibatkan seluruh kementerian,” katanya.

Ismail Sabri yang juga ahli parlimen Bera menambah, SOP berkaitan akan dikeluarkan oleh MKN dan kementerian berkaitan untuk panduan orang ramai.

DAP tunjuk belang jadi abang besar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker