Popia info
Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini.
Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng.
Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya. Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap.
Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng.
Bagi penduduk Bukit Baru Kampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.
Variasi Inti
Sayur
Bahagian isi pula terdiri daripada sayur-sayuran seperti timun, lobak merah, tauhu, taugeh dan sengkuang yang dihiris-hiris.
Serunding
Serunding yang sering digunakan adalah dari daging ikan tenggiri dan ikan bilis. Hasil laut yang lain ialah udang kering. Boleh juga dibuat dari daging lembu dan ayam.
Ikan
Ikan sardin dalam tin selalu menjadi pilihan untuk dijadikan inti popia. Manakala, industri makanan beku di Malaysia telah memperkenalkan popia berinti otak-otak.
Jenis popia
- Tidak Bergoreng
- Popia Basah
Bergoreng
- Goreng
- Bersira
- Mini
- Simpul Kasih
- Popia Otak-otak
Popia INFO | |
Nama alternatif | Baobing, Runbing, Bopijuan |
---|---|
Tempat asal | Fujian, China |
Kawasan | Taiwan, Burma (Myanmar), Malaysia, Singapore (Teochew dan kawasan yang bertutur bahasa Hokkien) |
Bahan utama | kulit popia, sengkuang, lobak merah, tauhu goreng (yang didadukan), kacang panjang, taugeh, udang kering |
Baca Artikel Menarik
You must be logged in to post a comment.