EU Umum Beli 1.8 Bilion Dos Vaksin Pfizer BionNTech

BRUSSELS, Belgium – Kesatuan Eropah (EU) mengesahkan akan membeli 1.8 bilion dos vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Pfizer Inc. dan rakan usaha sama dari Jerman, BioNTech, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Berita itu diumumkan oleh Presiden EU, Urusula von der Leyen dalam satu ciapan di Twitter, awal pagi kelmarin.





“Sukacita dimaklumkan bahawa pihak EU baru sahaja meluluskan kontrak untuk jaminan 900 juta dos vaksin Covid-19 bersama 900 juta pilihan dos lain dengan gergasi farmaseutikal BioNTech dan Pfizer.Inc untuk jangka masa bermula 2021hingga 2023.

“Kontrak dan teknologi vaksin lain akan menyusul dalam masa terdekat,” kata von der Leyen.

Beliau turut menyenaraikan tiga langkah sebagai tahap berikutnya dalam rangka tindak balas pandemik EU iaitu memberi suntikan vaksin penggalak atau tambahan, menangani kemungkinan varian terlepas dari komuniti terkawal dan meluluskan golongan kanak-kanak serta remaja mendapatkan suntikan vaksin.

Kontrak baharu vaksin Covid-19 ini mendapat sokongan sebulat suara dari 27 negara di bawah EU.



Pembelian ini termasuk 600 juta dos yang sudah dibeli dari Pfizer.

Pfizer dan BioNTech yang berpusat di New York sudah memaklumkan mereka akan memberikan 50 juta dos tambahan pada suku kedua tahun ini kepada EU bagi menggantikan pembatalan kiriman vaksin yang dikembangan Universiti Oxford iaitu AstraZeneca.

EU mengemukakan saman terhadap AstraZeneca dua minggu lalu kerana tidak mematuhi syarat-syarat kontraknya untuk membekalkan vaksin ke negara-negara anggotanya.

Perjanjian baharu antara EU dan Pfizer tidak hanya melibatkan pengeluaran vaksin tetapi juga memastikan bahawa semua komponen penting untuk vaksin dihasilkan di EU.



Setakat ini, EU telah menyediakan kira-kira 200 juta dos untuk 450 juta warganya iaitu jumlah yang hampir sama dengan bekalan vaksin yang dieksport oleh blok itu ke seluruh dunia, kata von der Leyen. – Agensi

Inovasi Suami, Isteri.. “Mereka Pun Orang Islam” – Kenali Pencipta Vaksin Pfizer-BioNTech Berasal Dari Turki Ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker