Degil, lagi 366 kenderaan perantau Kelantan diarah patah balik

 

Dalam tempoh 24 jam, polis Kelantan menahan dan mengarahkan sejumlah 366 kenderaan yang cuba memasuki Kelantan di tiga sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri, setakat jam 8 pagi, hari ini.

Ia menjadikan keseluruhan 1,426 kenderaan yang diarah berpatah balik sejak kelmarin sehingga pagi tadi kerana gagal menunjukkan surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat, berkata jumlah kenderaan yang cuba merentas masuk ke negeri itu sedikit menurun berbanding semalam.

Bagaimanapun katanya ia tetap masih berlaku kemasukan memandangkan Aidilfitiri semakin hampir.

“Pihak polis akan memperketatkan sekatan di SJR di tiga sempadan iaitu Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai surat kebenaran sah dibenarkan masuk.

Tidak selesa dengan kerajaan PN, sila letak jawatan – Hadi Awang

“Kita tidak menyangka setiap masa ada cubaan perantau untuk masuk ke Kelantan demi menyambut Aidilfitri di kampung halaman walaupun mereka tahu larangan rentas negeri,” katanya ketika dihubungi media di Kota Bharu, hari ini.

Tambah Shafien, masih terdapat golongan perantau yang tetap mahu mencuba nasib walaupun terpaksa memandu beratus kilometer sebelum tiba di SJR negeri Kelantan.

“Namun, cubaan rentas negeri ke Kelantan hari kedua menunjukkan sedikit penurunan berbanding hari pertama. Mungkin disebabkan ramai yang tahu sekatan ketat dilakukan.

“Sekali lagi saya ingatkan, kita akan membuat pemeriksaan terperinci bagi mengelak mereka mengambil kesempatan,” katanya.

Sehubungan itu pihaknya berharap orang ramai tidak membuat percubaan rentas negeri tanpa keizinan semata-mata untuk menyambut Aidilfitiri.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

‘Dulu UMNO tak ada peruntukan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker