Bilakah rasa keperimanusiaan akan wujud di sanubari regim Israel?


Kecaman Keganasan Terhadap Rakyat Palestin
===================================

Bilakah rasa keperimanusiaan akan wujud di sanubari regim Israel?

Semalam lebih dari 170 orang Palestin dan aktivis cedera, ketika polis Israel menembak peluru getah dan bom tangan di Masjid Al-Aqsa, hanya kerana mereka mendirikan solat Jumaat terakhir bulan Ramadhan dan bersolidariti menentang pembinaan 540 rumah haram di Sheikh Jarrah.

Tindakan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin mesti dikutuk dan tidak boleh ditoleransi.

Pendudukan dan pembinaan rumah haram di tanah milik rakyat Palestine menjadikan proses damai mustahil untuk berjaya.

Rundingan damai pada masa depan akan tercemar oleh tindakan sebegini dan menghapuskan wibawa moral regim Israel.

Saya bersolidariti dengan mangsa rejim Isreali atas kejahatan keji mereka terhadap rakyat Palestin.

Saya menggesa Kerajaan Malaysia, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan pihak-pihak yang berpengaruh, untuk mengeluarkan penyataan penentangan secara kolektif terhadap keganasan regim Israel.

Kita sudah jemu dengan keganasan, namun bagi kerajaan Isreal seolah-olah ia adalah urusan harian mereka. Membiarkan perkara ini terus berlaku adalah sangat tidak wajar. Kita mesti memainkan peranan aktif untuk menghentikan keganasan seperti ini.


Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan

#PrayForPalestine #AlAqsa #AlAqsaUnderAttack #Palestine #SyeikhJarrah #Aljarrah

Israel rempuh Masjid Al-Aqsa, lebih 170 jemaah Islam cedera

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker