Warga London kekal pilih Sadiq Khan sebagai datuk bandar



Sebaran :


LONDON: Wakil Parti Buruh, Sadiq Khan sekali lagi dipilih sebagai datuk bandar London pada Sabtu seperti yang dijangkakan, lapor Reuters.

Khan, yang mencatat sejarah apabila dilantik menjadi datuk bandar London beragama Islam yang pertama menerusi kemenangan beliau pada 2016, menyingkirkan pencabar utamanya, Shaun Bailey, calon Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson.

Beliau menang tipis dalam pilihan raya tempatan dengan meraih sebanyak 55.2% undi mengatasi Bailey yang mendapat 44.8%, iaitu margin kemenangan lebih kecil daripada kemenangannya lima tahun lalu.



“Saya berasa rendah hati atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat London untuk terus memimpin bandar terbesar di dunia ini,” kata Khan dalam ucapan kemenangannya.

Katanya, dalam fokus kempennya, beliau mahu mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi pelancongan bandar raya itu.

“Saya berjanji akan berusaha keras untuk membangunkan masa depan lebih baik dan cerah untuk London susulan kesuraman akibat wabak (Covid-19) ini.”



Kemenangan Sadiq lima tahun lalu menyaksikan berakhirnya penguasaan lapan tahun Parti Konservatif di London, yang majoriti penduduknya beragama Kristian. FMT

Dari Alor Setar ke datuk bandar di California


Sebaran :


Leave a Reply