Ti Lian Ker kata dia hanya persoal teori konspirasi Covid-19

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Ti Lian Ker berkata dia tidak menyokong mengenai teori yang mengaitkan penyebaran Covid-19 dengan bilionaire yang juga pengasas Microsoft, Bill Gates.

Ti sebaliknya berkata dia hanya mempersoalkannya setelah hantaran bertajuk “Covid-19 dirancang?” muncul di akaun Twitternya.

“Bill Gates mengadakan latihan pandemik koronavirus, tepat sebelum kejadian itu terjadi! Latihan pandemik ini disebut Event201 dan berlangsung pada bulan Oktober 2019, tepat sebelum wabak.

“Kesimpulan mereka adalah bahawa seluruh umat manusia mesti diberi vaksin,”tweet berkenaan dibaca.

Bagaimanapun Ti memberitahu Malaysiakini bahawa niatnya disalah tafsir.

“Saya hanya menegaskan bahawa artikel-artikel ini tidak betul dan berterusan dikongsi. Satu-satunya kenyataan yang saya tambahkan ialah meletakkan tanda tanya pada tajuk itu,” katanya.

Malam tadi, Ti dikritik kerana dikatakan menyebarkan maklumat yang mengelirukan, terutamanya kerana melanggar Ordinan Darurat mengenai berita palsu.

Bekas menteri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsikan banyak tweet yang menghentam Ti berhubung perkara itu.

Pagi ini, Ti menjelaskan dia menerbitkan kembali petikan dari artikel oleh ahli teori konspirasi, James Fetzer dan menyatakan berita itu disebarkan walaupun disangah.

Ti berkata dia telah menyalin petikan Gates dari artikel itu tetapi meletakkan tajuk pada hantaran Twitternya dengan tanda soal yang merujuk kepada petikan tersebut.

Dia turut menyertakan artikel Fetzer bertajuk Proof that the pandemic was planned and with purpose” (Bukti bahawa pandemik itu dirancang dan dengan tujuan”.

Artikel oleh Felzer sebelum ini disanggah oleh Reuters Fact Check kerana memiliki banyak dakwaan palsu.

 

Artikel itu mendakwa sekumpulan 500 doktor Jerman menyatakan bahawa wabak itu telah dirancang, namun organisasi pemeriksa  fakta Jerman, Correctiv menolak banyak dakwaan yang dibuat kumpulan itu dalam pelbagai topik seperti ujian PCR, pelitup muka dan vaksin.

Artikel itu juga membuat beberapa dakwaan palsu berkaitan Bank Dunia, yang mendakwa bahawa dokumen Bank Dunia adalah bukti bahawa pandemik itu adalah “projek” yang dirancang untuk berlanjutan selama lima tahun ke depan.

Namun, dokumen aslinya mendedahkan bahawa tujuan projek ini adalah untuk: “mencegah, mengesan dan memberi maklum balas terhadap ancaman yang ditimbulkan oleh Covid-19 dan memperkuat sistem nasional untuk kesiapsiagaan kesihatan masyarakat”.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker