Hospital swasta mampu percepat sasaran 80 peratus peduduk divaksinasi

SEREMBAN: Keputusan kerajaan membenarkan hospital swasta sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dapat membantu mencapai sasaran 80 peratus penduduk menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Presiden Hospital Pakar CMH Datuk Lee Tian Hock berkata dengan kerjasama pihak hospital swasta, program imunisasi negara dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

“Jika hanya bergantung kepada pusat kesihatan kerajaan, kita tidak boleh mencapai sasaran itu jadi kerjasama ini dapat memanfaatkan semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke-87 Negeri Sembilan Chinese Maternity Association (NSCMA) di sini hari ini.

Lee berkata di bawah program imunisasi kebangsaan, dua hospital iaitu Hospital Perubatan Mawar (MMC) dan Hospital Pakar CMH telah mendapat persetujuan untuk menjadi Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) COVID-19 di Negeri Sembilan.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sejumlah 2,448 daripada 8,000 hospital dan klinik swasta telah berdaftar sebagai PPV dengan 299 daripadanya sudah bersedia untuk beroperasi sebagai PPV di bawah program imunisasi kebangsaan.

Sementara itu, Lee berkata tahun lalu, Hospital Pakar CMH telah memperoleh pendapatan sebanyak RM80.9 juta berbanding RM79.4 juta pada tahun 2019, iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus.
— BERNAMA

 

Dihimpit hutang, ada pemandu bas pelancong cuba bunuh diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker