PKP: Bazar Ramadan dan Aidilfitiri ditutup, aktiviti sukan bersyarat dibenarkan

KUALA LUMPUR: Semua bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diarah tutup bermula Isnin ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media hari ini.

“Bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) akan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kuala Lumpur beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat sehingga Ramadan berakhir meskipun PKP telah berkuat kuasa.

Senarai nama pusat membeli-belah dikesan berisiko Covid-19

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, aktiviti sukan dan rekreasi dan tidak bersentuhan fizikal adalah dibenarkan.

“Aktiviti sukan dan rekreasi individu dan tidak bersentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter yang dijalankan di kawasan terbuka dibenarkan bagi tujuan kesihatan,” katanya.

Wujud gesaan dalam kalangan pakar kesihatan yang meminta supaya kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan riadah dengan syarat-syarat tertentu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker