Isu ‘kerakyatan anak’, Permohonan Kerajaan PN ditolak Mahkamah



Sebaran :

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan saman yang difailkan kumpulan hak asasi Family Frontiers dan enam wanita, yang meminta hak kerakyatan automatik kepada anak wanita warganegara dengan lelaki asing yang lahir di luar negara.

Mahkamah hari ini membatalkan permohonan kerajaan untuk mengetepikan saman tersebut.

Hakim Akhtar Tahir memutuskan saman yang difailkan melibatkan isu yang bukan bersifat remeh tetapi penting kerana berkaitan kewarganegaraan.



“Isu ini tidak boleh disifatkan sebagai remeh. Ini isu penting,” katanya.

Dia kemudian menetapkan 30 Jun sebagai tarikh pendengaran saman pemula yang difailkan Family Frontiers dan enam wanita tersebut.

Mahathir cadang PRU-15 diadakan 2023, Muhyiddin akan bermasalah jika Parlimen bersidang

Pada 18 Disember lalu, tujuh plaintif meminta mahkamah mengisytiharkan agar wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dapat secara automatik mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka yang lahir di luar negara.



Ia selepas kerajaan menolak untuk memberi kebenaran itu. Kerajaan merupakan defendan dalam saman tersebut.

Kerajaan sebelum ini memohon saman itu diketepikan atas dasar ia “remeh dan menyusahkan”.

Like FB MyKMU disini



Segera tubuh RCI siasat pendedahan Tommy, Abdul Hamid


Sebaran :


Leave a Reply