Gambar Hajarul Aswad didedah kepada orang ramai

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi mendedahkan gambar paling istimewa di tapak arkeologi terpenting di Masjidil Haram di Mekah.

Lapor Arab News, Presiden Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, sebanyak 1,050 gambar Batu Hitam dan tempat suci Nabi Ibrahim diambil menggunakan teknologi Fox Stack Panorama.

Kaedah itu menggabungkan imej dengan tahap kejelasan yang berbeza-beza bagi menghasilkan sebuah gambar resolusi tinggi dari batu yang dikenal sebagai Hajarul Aswad.



Sebanyak 49,000 gambar megapixel diambil selama tujuh jam yang memerlukan tempoh selama berminggu-minggu untuk melakukan kerja pengeditan.

Ini merupakan kali pertama pihak berkuasa mendedahkan gambar Hajarul Aswad secara terperinci.

PKP: Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal memperincikan dengan jelas – Pakar Ekonomi



HAJARUL ASWAD

Ketua Setiausaha Agong bagi Projek dan Agensi Pengajian Kejuruteraan, Sultan Ati Al-Qurashi berkata, pihak berkuasa berminat menggunakan teknik terkini pengimejan kerana sejarah Hajarul Aswad adalah sangat penting kepada umat Islam.

Batu yang berbentuk bujur dengan keluasan diameter 30 sentimeter (cm) itu terletak di salah satu bucu Kaabah.

Hajarul Aswad dikatakan datang daripada syurga dan warna asalnya adalah putih tetapi bertukar menjadi hitam kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama dosa-dosa yang dilakukan.

Menurut Ibnu Ishaq dalam bukunya Sirah Rasulullah S.A.W, diceritakan kisah pembinaan semula Kaabah oleh kabilah-kabilah Mekah berikutan banjir besar melanda sehingga memusnahkan sebahagian strukturnya.



Ketika itu, Hajarul Aswad dialihkan sementara bagi memberi laluan kepada pembinaan semula Kaabah.

HAJARUL ASWAD

Setelah pembinaan semula siap, kabilah-kabilah Mekah bertelingkah sesama sendiri mengenai kabilah mana yang lebih berhak untuk meletakkan kembali ke tempat asalnya di dalam Kaabah.

Kemudian mereka mengambil keputusan untuk menunggu sesiapa sahaja yang akan memasuki kawasan Kaabah selepas itu, akan diminta membuat keputusan berkenaan perbalahan mereka.

Dengan kehendak Allah jualah, lelaki yang memasuki itu adalah Muhammad Abdullah yang mencecah usia ke-35 tahun ketika itu, iaitu lima tahun sebelum baginda menerima wahyu kerasulan.



Dengan kebijaksanaan, baginda meminta disediakan sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad ditengah-tengah kain tersebut.

Setiap ketua daripada kabilah Mekah itu diminta memegang bucu kain tersebut lalu mengangkatnya.

Akhirnya, Nabi Muhammad sendiri yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempat yang sepatutnya, sambil memberikan kepuasan hati setiap kabilah Mekah atas kehormatan yang mereka terima secara adil

Siapa layak memerintah Malaysia?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker