Ada usaha terancang tanam kebencian terhadap kerajaan PN – Annuar Musa


Ada usaha terancang untuk menanam kebencian kepada kerajaan Perikatan Nasional, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, ini kerana banyak berita-berita palsu yang disebarkan secara meluas terutamanya ketika negara berdepan dengan wabak Covid-19.

“Kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini dan kita nak beritahu bahawa kita sedar ada usaha yang agak terancang untuk menanamkan kebencian kepada kerajaan.

“Kita tahu perkara itu dilakukan secara agak tersusun maka kalau sekiranya kerajaan tidak punya keupayaan untuk membuat penjelasan dalam masa yang pantas dan dengan cara yang berkesan maka kerajaan akan menerima akibatnya.

“Sebab itu kerajaan memandang serius perkara ini dan satu ‘committee’ telah dibentuk di peringkat menteri, kita akan mengambil tanggungjawab memperbaiki keadaan itu.

“Kita sedar mesej yang benar itu lebih lambat sampai kepada rakyat, jadi itu tidak seimbang antara penyebaran dan penularan berita palsu berbanding dengan fakta sebenar,” katanya kepada pemberita selepas Program Prihatin Ramadan 2021 di Perbadanan Putrajaya hari ini.

Annuar mengulas demikian ketika ditanya pemberita mengenai amalan kerajaan yang disifatkan mengamalkan dua darjat lebih-lebih lagi dalam hal-hal berkaitan pandemik Covid-19. MG

P.s : Sepatutnya Annuar kena faham kenapa rakyat mula membenci kerajaan PN yang ternyata gagal membela nasib rakyat dan membawa ekonomi negara ke arah kemajuan. Pelabur makin lari meninggalkan Malaysia dan menempatkan perniagaan mereka di negara-negara jiran. Rakyat pula tertekan dengan berbagai masalah. Kerajaan pula tidak sudah-sudah berpolitik 24 jam.

Annuar Musa mulakan kempen pemilihan UMNO ?

Related Articles

One Comment

  1. makin kuat nampaknya menjilat
    segala masalah yang berlaku baik tentang pandemik atau ekonomi
    nanti menteri UMNO kena buang dari kabinet, annuar musa nak pertahan siapa?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker