Tak gentar desakan letak jawatan, ketua polis Gombak terus jalan amanah


Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan segelintir pihak yang mahu beliau berundur atau digantung tugas.

Ketika dihubungi FMT beliau berkata: “(mengenai desakan meletak jawatan) biarlah Ketua Polis Negara (Acryl Sani Abdullah Sani) yang baharu ulas, saya sudah jalankan tanggungjawab sehabis baik.”

Arifai berkata, kenyataan beliau pada 30 April lepas disalahertikan oleh K Ganesh, iaitu peguam yang mewakili keluarga tahanan A Ganapathy.

“Saya tidak kata akan lakukan inkues sekarang. Saya kata jika siasatan lengkap, jika masih tidak dapat sebarang ‘conclusion’ (kata putus) tentang perlakuan yang dikatakan, baharu saya akan rujuk kepada DPP (timbalan pendakwa raya) untuk buat inkues.



“Kenyataan pada 30 April sepatutnya dirujuk kepada keseluruhan konteks, bukan hanya sebahagian. Ketika ini siasatan masih belum lengkap kerana laporan ‘post mortem’ masih belum dapat,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ganesh yang mendesak Ketua Polis Negara baharu memecat atau menggantung tugas beliau kerana peranannya dalam kematian tahanan terbabit.

Ganapathy, 40, ditahan polis sejak 24 Februari dan meninggal dunia di hospital pada 18 April selepas dirawat selama sebulan.

Keluarganya mendakwa dia dipukul ketika dalam tahanan polis dan mengalami kecederaan parah di kaki, tangan, dan bahu.



Ganesh sebelum ini berkata, beliau terkejut Ganapathy tidak diminta memberi keterangan ketika berada dalam tahanan selama 12 hari.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Arifai yang menyebut bahawa inkues ke atas kematian Ganapathy akan dijalankan, tetapi pada masa sama siasatan sedang berjalan.

“Inkues hanya boleh dijalankan apabila kes tidak dapat diselesaikan,” kata Ganesh.

“Sekiranya (Arifai) seorang yang budiman, beliau patut meletak jawatan.”



Pada Jumaat Arifai berkata, tiada bukti lelaki itu dipukul ketika berada dalam tahanan.

Beliau sebelum itu berkata, Ganapathy direman selama 12 hari dari 25 Februari hingga 8 Mac bagi membantu siasatan kes rompakan di sebuah kilang dan menyebabkan kecederaan. FMT

Kematian Ganapathy: RM10,000 ganjaran maklumat kesan pihak bertanggungjawab



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker