Jom Heboh Di Rumah Raya bersama Shopee


Kerjasama dinamik ini menjanjikan platform hiburan menarik buat anda sekeluarga dengan barisan selebriti terkenal tanah air, persembahan hiburan menarik, segmen gaya hidup selebriti dari memasak hingga fesyen dilengkapi dengan tawaran membeli-belah dengan harga berpatutan serta hadiah terbaik untuk seisi keluarga.

Bersesuaian dengan tema, JHDR Raya Bersama Shopee menyambut perayaan Aidilfitri yang akan datang dengan penuh semangat sambil menetapkan trend baru berkonsep membeli-belah “raya”.

Gabungan JHDR dan Shopee memberi peluang kepada penonton memenangi hadiah eksklusif selain mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila berpeluang membeli-belah secara dalam talian serta berhibur bersama keluarga dalam suasana selesa dan selamat di rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia, Datuk Michael Chan berkata, serata dunia kini bergelut menyesuaikan diri dengan situasi norma baharu yang melanda dunia sejak lebih setahun lalu.



“Hikmah di sebalik kejadian ialah mempelajari betapa penting dan berharganya saat bersama keluarga. Pada masa sama, gandingan JHDR bersama Shopee dilihat amat bertepatan keranai acara tahunan setiap kali menjelang perayaan ialah membeli-belah dan kini dapat dilakukan bersama keluarga tersayang menerusi atas talian.

“Mereka tidak perlu bersusah-payah untuk ke pasaraya ataupun merempuh orang ramai. Lebih menarik, pembelian secara dalam talian ini menawarkan diskaun yang hebat,” katanya.

JHDR kesinambungan kepada KJH yang menjadi acara padang tahunan yang dinanti-nantikan. Anjuran JHDR dikala pandemik ini tetap mengekalkan DNA atau kandungan yang sama untuk seisi keluarga.

Menerusi kerjasama ini, penonton berpeluang memenangi dan mengumpulkan 5,555,555 syiling Shopee, baucar Shopee RM 50,000, produk Xiaomi bernilai RM 50,000 dan 1000 kampit beras Sultan Basmathi Beras Era, hanya dengan melayari laman sesawang ini semasa program bersiaran.



Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, TV3 sentiasa memberikan kandungan terbaik kepada penonton dan JHDR membuktikan TV3 komited apabila berusaha berhubung dengan masyarakat dengan pelbagai cara walaupun dalam situasi sebegini.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia dalam menjayakan misi yang sama iaitu berhubung dengan masyarakat dalam suasana yang menyeronokkan sambil berhibur tanpa perlu bersesak di tempat yang panas,” katanya.

JHDR Raya Bersama Shopee akan dihoskan oleh Fiza Frizzy dan AG Kool FM selain rakan selebriti lain seperti Yassin, MK, Ernie dan Syamel, Santesh Kumar, Anuar Zain, Hanbyul, Daiyan Trisha, Caprice, Kaka Azraf, Lando Zawawi, Chef Wan, Nabila Huda, Remy Ishak, Jovian Mandagie dan ramai lagi.

JHDR akan disiarkan secara langsung pada hari Selasa, 4 Mei bermula 9 malam hingga 10 malam dan hari Rabu, 5 Mei, hanya di TV3. HM



Ditawarkan Secara Percuma, Penjual Di Shopee Ini Untung ‘Atas Angin’ Jual Buku Teks Digital KPM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker