Tangguh lantik IGP baru, selesai dulu ‘perang terbuka’ Hamid-Hamzah

Tangguh lantik IGP baru, selesai dulu 'perang terbuka' Hamid-Hamzah

 

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata kerajaan perlu menyelesaikan segera isu yang dibangkitkan Abdul Hamid Bador dalam sidang media terakhirnya sebagai ketua polis negara (IGP), semalam.

Menyifatkannya sebagai “perang terbuka” antara Abdul Hamid dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, Salahudin berkata ia perlu diselesaikan terlebih dulu, sebelum Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai ketua polis negara yang baru secara rasmi.



“Seeloknya kabinet, Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) selesaikan isu perang terbuka ini sebelum lantik IGP baru…walaupun (pelantikan Acryl) telah diumumkan.

“Bukannya dengan ambil jalan keluar politik dengan (terus) lantik IGP baru, dan seterusnya tenggelamkan apa yang dibangkitkan Abdul Hamid,” katanya kepada Malaysiakini

Untuk rekod, Acryl dilantik sebagai IGP yang baru berkuat kuasa Selasa depan (4 Mei).

KPN hentam campur tangan Menteri KDN pada sidang media terakhir



Dalam sidang media semalam, Abdul Hamid membuat beberapa pendedahan antaranya berkenaan campur tangan politik dalam pasukan polis dan berkata menteri tidak seharusnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis.

Dia juga mengakui tidak senang dan mempunyai hubungan tidak baik dengan Hamzah.

Semalam juga, Hamzah mengaku suara dalam rakaman bocor berhubung lantikan dalam pasukan polis adalah miliknya, tetapi menegaskan dia tidak melakukan sebarang kesalahan memandangkan dia adalah pengerusi SSP yang menentukan tugasan pegawai polis.



Selain itu, Abdul Hamid turut membangkitkan kelemahan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) – yang dipengerusikan Hamzah – antaranya ia dicemari “unsur politik”, dan berpandangan seorang menteri tidak sepatutnya mengetuai suruhanjaya itu.

Sementara itu, ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Hanipa Maidin berkata Hamzah wajar disiasat dan “direhatkan” sehingga siasatan selesai.

Ahli politik jangan berkokok, ekor bergelumang tahi – KPN



“Untuk berlaku adil kepada menteri berkenaan, apa yang didedahkan Abdul Hamid masih berstatus dakwaan…Tidak wajar mana-mana pihak membuat kesimpulan dia bersalah, walau sebenci mana pun pihak itu terhadapnya.

“Justeru, apa yang wajar dilakukan? Pada hemat saya, wajar untuk tuduhan seberat itu disiasat secara terperinci dan sudah tentu polis yang perlu dan bertanggungjawab menyiasatnya,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Bagi membolehkan siasatan berlaku adil dan profesional, katanya lagi, Hamzah perlu ‘direhatkan’ daripada jawatannya sebagai menteri dalam negeri, memandangkan polis berada di bawah kementerian itu.

“Tidak salah juga untuk meminta IGP (Abdul Hamid) dan bakal penggantinya (Acryl) untuk turut ‘direhatkan’ agar proses siasatan berjalan secara telus dan lancar,” kata ahli Parlimen Sepang itu lagi.



KPN : Saya dah bawa perkara ini kepada PM, tapi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker