PN ‘pentingkan politik dan kuasa’, sampai biarkan ekonomi kita ketinggalan
PN ‘pentingkan politik dan kuasa’, sampai biarkan ekonomi kita ketinggalan – Najib
Malaysia sedang ketinggalan dunia dari segi ekonomi sejak PRU14 dan sejak dunia sedang memulih dari pandemik Covid.
Lain-lain pasaran saham dunia sedang merekod tahap paling tinggi dalam sejarah tapi pasaran Malaysia masih suram.
Pelabur asing masih keluarkan dana mereka dari pasaran saham kita tiap-tiap tahun sejak Mei 2018 termasuk tahun 2021 setakat ini.
Sebab itu, Malaysia perlu hentikan darurat, pulihkan demokrasi, kawal Covid dengan sebaik-baiknya dan pulihkan sebuah kerajaan yang kuat serta kompeten.
Jangan hanya kepentingan politik dan kuasa, Malaysia dibiarkan ketinggalan dunia.
Ini sains, data dan fakta sebenar.
Bukan “sains dan data” rekaan kerajaan bahawa parlimen tidak boleh berlangsung sebab terlalu ramai orang tua yang telah divaksin dalam dewan berisko dijangkit Covid.
Kelemahan kerajaan, rakyat yang tanggung
Jibbo. Yang kamu meolalak sana sini macam anjing gila tu untuk apa? Semua tahu kamu sebenarnya yang gilakan kuasa politik untuk tanggalkan tali ikatan hukuman yang melilit leher kamu. Janganlah buat lawak ingatkan rakyat bodoh tentang ekonomi dunia sekarang. Kerajaan sekarang bertungkus lumus sebab beban taik yang kamu tinggalkan dalam 1MDB. Mana perginya 3.6bilion yang kau perah dari Tabung Pesara dulu???