[VIDEO] Pemandu SUV Hilang Kawalan, Lamborghini Rentung Terbakar ..Tiga Sekeluarga Selamat

MARAN: Sebuah kenderaan mewah berprestasi tinggi jenis Lamborghini dinaiki tiga sekeluarga musnah dalam kebakaran selepas terbabit kemalangan di Kilometer 178.1, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur, di sini pada petang Selasa.
Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 6.16 petang itu, pemandu berusia 28 tahun, isteri dan seorang anak mereka sempat menyelamatkan diri.

Semalam, sebuah Lamborghini Urus musnah 100% setelah terlibat dalam satu kemalangan di KM 178.1 LPT arah Kuantan Maran. Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran bersama sebuah jentera FRT dan sebuah ambulans EMRS dikejarkan ke tempat kejadian.

@vehiclewarfare

Burning URUS #urus #malaysia #vehiclewarfare #lamborghini #lamborghiniclub #lamborghiniurus

♬ My Heart Will Go On (Titanic) – Maliheh Saeedi & Faraz Taali



Pasukan Bomba bertindak memadamkan kebakaran kereta tersebut sehingga kebakaran dapat dipadamkan. Namun kereta SUV itu gagal diselamatkan dan musnah sepenuhnya.

Terdapat dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak semasa kejadian tersebut berlaku. Mereka semua berjaya keluar daripada SUV yang telah terbalik dengan selamat tanpa mengalami kecederaan yang serius.

Menurut mangsa, sebelum kemalangan tersebut berlaku hujan sudah pun rintik-rintik ketika mereka sedang melalui lebuh raya tersebut. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat secara mengejut dan pemandangan jalan bertukar menjadi kabur yang sangat teruk.

Secara tiba-tiba kereta SUV mangsa terbabas berpusing, terbalik lalu terbakar akibat geseran di atas jalan raya tersebut. Mangsa dan keluarga tidak mengalami kecederaan serius semasa kereta dalam keadaan terbalik kerana sistem safety airbag telah berfungsi dengan baik.



Kesemua mangsa segera meninggalkan kereta sebelum api mula membakar kereta itu sehingga rentung. Difahamkan mangsa baru saja memiliki SUV Lamborghini Urus tersebut pada awal bulan April baru-baru ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker