Radzi buat ‘homework’ tak? Tanya Puad Zarkashi


Akhirnya Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin bersuara berhubung sesi persekolahan sementelah jumlah sekolah yang terpaksa ditutup akibat Covid-19 terus meningkat.

Di Selangor sahaja, sebanyak 79 buah sekolah di negeri itu diarah tutup selama dua hari sejak semalam berikutan penularan wabak itu dalam kalangan pelajar.

Bagaimanapun, cara Menteri Pendidikan itu dilihat tidak konsisten dalam menangani masalah tersebut sehingga terpaksa membuat pusingan U keputusan yang dibuat dalam tempoh beberapa jam.

“Cara Menteri Pendidikan urus sesi persekolahan di waktu pandemik amat mengelirukan. Apakah Radzi buat kerja rumah yang sempurna?

“Apakah dia merujuk KKM (Kementerian Kesihatan) sebelum membuat keputusan? Kita ragu. Wujud beza pandangan antara dia dengan Menteri Kesihatan,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, Radzi sepatutnya turun ke sekolah-sekolah dan melihat sendiri tahap kesiapsiagaan sebenar sekolah.

Ini berikutan kenytaannya pada sebelah semalam yang menyatakan pihaknya komited untuk meneruskan sesi persekolahan ketika angka Covid-19 semakin meningkat.

Namun beberapa jam kemudian Radzi membuat pusingan U dengan mengarahkan semua sekolah mengadakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) selama 10 hari selepas cuti persekolahan sempena Aidilfitri.

Radzi berkata, keputusan baharu itu dibuat bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19 di sekolah lepas cuti Aidilfitri.

“Kenapa sebelum buat pusingan U, Radzi mahu sesi sekolah diteruskan? Dia dakwa sekolah adalah selamat dan bukan tempat pencetus kluster Covid-19,” soal Puad.

Radzi yang dipetik Puad sebagai berkata, sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan hanya melibatkan 2,274 kes iaitu 4.8 peratus daripada keseluruhan kluster atau 2.07 peratus dari kes kluster.

Tetapi pada hari yang sama Menteri Kesihatan memaklumkan sebanyak
23,739 pelajar di bawah umur 12 tahun telah dijangkiti Covid-19 tahun ini berbanding 8,369 kes dilaporkan sepanjang 2020.

“Tahukah Radzi ada ibu bapa yang diuji postif tetapi membiarkan anak-anak mereka datang ke sekolah. Do your homework,” katanya. Edisi 9

[AUDIO] PANAS! Tular Rakaman Mirip Menteri KDN Berkaitan Skandal Pertukaran Jawatan Dalam PDRM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker