Kompaun RM50,000, Menteri UMNO jamin KKM akan beri pengecualian jika asas munasabah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, sama ada diberi pengurangan atau pengecualian, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata KKM amat prihatin serta memandang serius kes berkenaan dan meminta peniaga terbabit tampil mengemukakan permohonan rayuan terhadap kompaun itu secepat mungkin.

“KKM melihat kes ini sebagai kes terkhusus dan perlu ditangani segera.



“Untuk itu, KKM akan membuat penilaian semula bagi mempertimbangkan sama ada akan diberikan pengurangan atau pengecualian sekiranya didapati ada asas yang munasabah,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung isu kompaun RM50,000 terhadap peniaga burger kerana berniaga melebihi waktu ditetapkan.

“Saya berpegang pada kenyataan Setiausaha Agung UMNO bukannya ‘Taj Mahal’” – Khairy

Tular di media sosial seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 kerana berniaga di hadapan rumahnya pada kira-kira 11 malam.



Dr Adham berkata tujuan KKM menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan kompaun adalah untuk mendidik dan bukannya menghukum semata-mata.

Jelasnya, mereka yang dikompaun sentiasa diberikan peluang untuk mendapat keadilan dan dibenarkan mengemukakan rayuan mengikut mekanisme yang disediakan.

 

Bagaimana peniaga burger mampu bayar kompaun RM50,000 ? – Tok Mat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker