Bahagian, Puteri Arau tolak Azlan Ketua Umno Perlis


PETALING JAYA: Umno bahagian Arau dan sayap Puteri bahagian itu menolak pelantikan Azlan Man sebagai Ketua Umno Perlis menggantikan Shahidan Kassim.

Mereka turut mendesak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengembalikan jawatan itu kepada Shahidan, yang juga Ketua Umno Bahagian Arau.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau Salim Dahaman, berkata akar umbi akan terus kekal bersama Shahidan, demi mengembalikan semula kekuatan parti itu di Perlis.

“Shahidan layak untuk terus memimpin Umno Perlis berdasarkan jasa beliau membantu Umno memenangi dua daripada (tiga) kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 sehingga terbentuknya kerajaan Barisan Nasional di Perlis,” katanya, menurut laporan Bernama.

Semalam, Zahid menerusi kenyataan memaklumkan Azlan yang juga Menteri Besar Perlis dilantik menggantikan Shahidan bagi mengetuai Umno negeri itu.

Bagaimanapun, Pemuda Umno Arau menyambut baik pelantikan Azlan menerajui Umno negeri, dan berharap ia dapat membuka lembaran baharu politik di Perlis.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Arau Syed Atif Syed Abu Bakar, dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu diharap memantapkan penyelarasan gerak kerja politik dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional Perlis yang sekian lama berada dalam dilema disebabkan wujudnya “dua nakhoda yang mengemudi sebuah kapal”.
FMT

Muka baharu politik Perlis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker