Umno minta nasihat JPPM, MKN adakan pemilihan parti


Umno memutuskan untuk menghantar surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meminta nasihat untuk mengadakan pemilihan parti itu tahun ini.

Setiausaha Agungnya Ahmad Maslan, berkata ini berikutan negara masih dilanda Covid-19 dan kes yang semakin meningkat.

“Ini bagi memastikan proses pemilihan parti bakal melibatkan mesyuarat perwakilan Umno cawangan-cawangan termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berjumlah 66,287 mesyuarat di semua 191 bahagian seluruh negara melibatkan ahli seramai hampir 3.3 juta orang dapat diadakan dengan berkesan dan lancar.

“Ini mengambil kira jumlah jangkitan Covid-19 yang meningkat,” katanya selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno di Menara Dato Onn.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno antaranya Khairy Jamaluddin, Shahidan Kassim dan Reezal Merican Naina Merican mendesak pemilihan parti diadakan tahun ini untuk menyelesaikan “isu dalaman” menjelang pilihan raya umum.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri dan presiden parti, Najib Razak, berkata mengadakan pemilihan sebelum PRU akan melemahkan parti dan mengakibatkan ahli melompat ke parti lain. FMT

Pemilihan Umno sebelum PRU bawa risiko perpecahan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker