Resepi Biskut Semperit OREO


Resepi Biskut Semperit Raya Oreo

Masa Penyediaan: 30 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:7 orang

Hi Semua, kali ni kami akan sediakan biskut untuk hari Raya…iaitu biskut Semperit Oreo yang sedap dan rangup. Jom cuba bersama anak-anak bekerjasama buat biskut ni…kerjasama membawa berkat.

Anda pun boleh cuba kat rumah, hasilkan resepi sendiri menggunakan biskut oreo.

Kalau doh masih lembut, tambah tepung gandum sikit demi sedikit sampai dapat adunan yg boleh dipaip dan dibentuk guna acuan.

Bahan-Bahan:

10 keping biskut oreo
200g tepung jagung
2 sudu besar serbuk koko
2 kuning telur
250g mentega
100g gula aising
1 sudu kecil esen vanila
190g tepung gandum
baki biskut oreo, untuk hiasan.

Cara Penyediaan:

Patahkan dan kisar halus biskut Oreo.

Ayakkan tepung jagung dan serbuk koko.

Pecahkan telur dan ambil kuning telur sahaja.

Masukkan butter, telur kuning, gula aising kedalam mixer dan kisar sekata.

Tambah esen vanila.

Kaupkan bahagian bawah adunan supaya semua adunan sebati.

Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.

Masukkan serbuk Oreo yang dikisar tadi.

Teruskan putar dan tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.

Bila doh sebati, rehatkan sekejap.

Patahkan labihan Oreo tadi kepada ketulan kecil untuk dihias atas biskut semperit.

Masukkan doh kedalam acuan semperit.

Tekan sampai habis atas dulang yang disapu sedikit butter dan lapik dengan baking paper.

Susun ketulan Oreo atas doh semperit.

Bakar dalam oven dengan suhu 160 degree Celsius dalam anggaran 15 minit atau biskut masak.

Susun atas rak penyejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Tips:

Kalau doh masih lembut, tambah tepung gandum sikit demi sedikit sampai dapat adunan yg boleh dipaip dan dibentuk guna acuan.

Resepi Che Nom

Resepi Biskut Kacang, mesti buat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker