Resepi Biskut Kacang, mesti buat


Resepi Biskut Kacang

Masa Penyediaan: 20,
Masa Memasak:20,
Jumlah Hidangan:24

Resepi Kuih Kacang, Resepi Kuih Raya yang menjadi tradisi dan kegemaran ramai di Hari Raya. Mudah disediakan dan hanya menggunakan beberapa bahan asas sahaja. Selamat Mencuba!

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan kisar halus
1 cawan gula halus
minyak jagung daisy atau minyak mazola, secukupnya
1 sudu kecil garam
1 biji kuning telur, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah,gula halus dan garam hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut dan boleh dibentuk.

Canai adunan setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan bulat.

Susun dalam dulang yang digris dgn mentega atau dilapik dengan baking paper. Sapukan dengan kuning telur di permukaan biskut dan bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

Tips:

Untuk mendapat serbuk kacang tanah yang halus, goreng tanpa minyak sehingga kacang menjadi rangup dan buang kulit sebelum dikisar halus.

Boleh juga hiaskan bahagian atas biskut dengan kacang.

Boleh buat lebih dan bagi kat jiran-jiran. Raya kali ini mungkin tak boleh balik kampung lagi. Jadi kenalah beraya dengan jiran-jiran sahaja.

Bagi kuih pun boleh dapat pahala tau. Pahala dapat, pujian jiran pun dapat.

Resepi Che Nom

Resepi Kuih Siput Pasti Rangup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker