Teng: Liew Chin Tong yang tawarkan diri untuk diperbodoh Muhyiddin


Bekas menteri pertahanan Liew Chin Tong tidak patut mengadu berkaitan rampasan kuasa Muhyiddin Yassin dalam buku terbarunya, kata anggota jawatankuasa eksekutif DAP Teng Chang Khim.

Teng berkata, “Ahli strategi hebat” itu pada 2016 bersungguh-sungguh cuba meyakinkan anggota dan penyokong DAP untuk percaya pada Muhyiddin.

Bahkan, kata Teng, Liew membawa Muhyiddin ke pemukiman parti dan tidak mahu isu seperti Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) sekolah Cina dibangkitkan supaya Muhyiddin tidak tersinggung.

“Hari ini dia beritahu Muhyiddin orang jahat sejak 2016,” sindir Teng.

“Kamu yang tawarkan diri untuk diperbodohkan oleh Muhyiddin. Tak perlu nak mengacum sekarang,” kata Teng lagi.

Teng merujuk kepada buku bari Liew bertajuk Lim Kit Siang: Patriot. Leader. Fighter yang antaranya berkata Muhyiddin menjadi perdana menteri bukan secara kebetulan.

Teng dilihat sebagai pemimpin mempunyai pandangan tidak selari dengan kepimpinan sedia ada DAP.

Dia pernah menyuarakan hasrat bersara daripada politik pada Disember 2020 dan berkata tidak akan bertanding dalam pemilihan DAP Jun ini atau pilihan raya umum akan datang. Mk

Sebelum ini Liew Chin Tong mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendapati kerusi Parlimen Pagohnya tidak selamat lagi sekiranya kerusi itu menjadi pertandingan pelbagai penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi DAP Johor itu berkata, daripada 65 peratus pengundi yang merupakan Melayu di Pagoh, Muhyiddin tidak mempunyai separuh daripada kumpulan itu.

DAP sedia kerjasama dengan Muhyiddin jika Hamzah, Azmin letak jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker