NABILA RAZALI SEMAKIN MATANG & POSITIF

Artis yg semakin meningkat naik Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali yang sudah hampir lapan tahun dalam industri. Insiden yang berlaku kepada dirinya telah banyak mematangkan dirinya.

Pelbagai perkara telah dikongsikan, antaranya mengenai kecaman dan kritikan yang sering diterima. Penyanyi yang sinonim dengan lagu ‘Peluang Kedua’ ini berkata, dia memandang perkara tersebut dari sudut yang positif.

“Saya tiada pengalaman dalam industri hiburan jadi bila saya masuk saya sedih sebenarnya, tapi saya suka nyanyi jadi saya nyanyi juga sebab saya buat benda yang saya suka. Nak kata lali tu tak adalah tapi saya dah terima layanan yang macam tu dari dulu cuma yang beza dengan sekarang dia bertambah sahaja.

“Macam sekarang umur pun dah 29, dulu umur 23 jadi sekarang berfikiran lebih matang. Jadi saya anggap benda ini semua satu rezeki dan ujian yang saya rasa Tuhan nak bagi untuk tengok kita ni sabar ke tak untuk capai apa yang kita nak.

“Rezeki kita tak boleh nak persoalkan sebab kalau kita tak percaya dengan rezeki maksudnya kita percaya dengan kuasaNya,” itulah kata penyanyi dan pelakon Nabila Razali ketika diundang untuk menjadi tetamu undangan untuk Carta Suria 40 di Suria FM bersama dengan penyampai radio, Fizi Ali.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata semangat dan positif kepada penyanyi kelahiran bintang program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013 (AF2013) ini.

NABILA RAZALI SEDIH DIKRITIK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker