Kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia diminta ‘like’, ikut akaun media sosial menteri?


PETALING JAYA: Suatu tangkap layar dikatakan mengandungi “permintaan” kepada kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) termasuk jabatan dan agensi supaya “like” dan mengikuti akaun media sosial menterinya, Saifuddin Abdullah, tular di media sosial.

Kakitangan juga dikatakan diminta untuk mengikuti akaun media sosial timbalan Saifuddin, Zahidi Zainul Abidin, dan juga akaun media sosial KKMM, menurut laporan media.

Dalam tangkap layar itu, yang disiarkan laman Malaysia Dateline, permintaan itu dibuat oleh suatu Unit Komunikasi Korporat yang “dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemantauan aktiviti ‘Like’ dan Follow’ akaun media sosial KKMM”.

FMT sedang mengesahkan perkara ini dengan pihak KKMM.

Sementara itu, sumber dalam kementerian itu memberitahu FMT bahawa permintaan itu dikeluarkan kira-kira sebulan lalu.

Menurutnya, banyak kakitangan “marah dan bingung” dengan permintaan itu.

Dalam pada itu, sumber di sebuah badan bawah kementerian mengesahkan kakitangannya menerima peringatan untuk ikut dan “like” pautan media sosial menteri dan timbalannya.

Menurutnya, “permintaan” itu untuk memastikan keberkesanan program kementerian disampaikan kepada rakyat.

FMT sudah menghubungi KKKM untuk mendapatkan komen dan seorang jurucakap berkata kementerian itu akan menjawab isu terbabit. FMT

Walaupun menafikan, ICERD adalah usaha Saifuddin, PH tak pernah bincang – Fahmi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker