Bank Rakyat sediakan hadiah lebih RM300,000 sempena Aidilfitri


SEMPENA kedatangan Hari Raya Aidilfitri pelanggan Bank Rakyat berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM300,000 menerusi Kempen Jalinan Lebaran yang akan berlangsung sehingga 30 Jun.

Kempen Jalinan Lebaran boleh disertai menerusi langganan produk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Pembiayaan PKS/Mikro/Koperasi, Pembiayaan Pajak Gadai-i serta Kad Kredit-i Bank Rakyat.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, kempen itu akan memberi tumpuan kepada keperluan asas para pelanggan bagi memastikan hari raya disambut dengan penuh keceriaan.

Menurutnya, seramai 30 orang pemenang bertuah yang melanggan produk Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat bakal menikmati pulangan wang tunai ataupun cash back bernilai keseluruhan sebanyak RM180,000.

Manakala 10 pelanggan yang melanggan produk Pembiayaan PKS, Mikro dan Koperasi bakal memenangi pakej penjenamaan produk bernilai RM10,000 setiap satu.

Bagi pelanggan Pembiayaan Kenderaan-i mereka ditawarkan hadiah-hadiah menarik seperti kad Touch ‘n Go, perlindungan Takaful kemalangan diri dan baucar petrol.

Sempena tawaran Rakan Beli-Belah Anda, pelanggan Kad Kredit-i Bank Rakyat hanya perlu melakukan transaksi pembelian dengan jumlah minimum RM250 dalam satu resit,

Transaksi boleh dilakukan di semua 50 rakan dagang terpilih Bank Rakyat seperti Aigner, Dome Cafe dan lain-lain untuk menikmati diskaun menarik.

Selain itu, pelanggan juga boleh melakukan transaksi melalui DuitNow dan Bank Rakyat akan menyumbangkan RM0.10 bagi setiap transaksi kepada lima hospital terpilih.

Pada 1 April lalu juga, Bank Rakyat telah melancarkan Kempen Riang Raya FPX yang berlangsung selama 2 bulan sehingga 31 Mei depan.

Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang mendaftar dengan iRakyat, yang mana mereka perlu membuat sekurang-kurangnya tiga transaksi FPX dengan jumlah minimum RM10 di iRakyat sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Seramai 100 orang pelanggan dengan jumlah mata kelayakan tertinggi bakal memenangi wang tunai berjumlah keseluruhan RM30,000.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran atau layari laman sesawang www.bankrakyat.com.my dan media sosial rasmi Bank Rakyat. SM

Yayasan Bank Rakyat sumbang RM400,000 bantu pelajar dan mangsa banjir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker