Zahid Selar SKMM Tidak Tegas, Laman Lucah Boleh Kenapa Tidak Judi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak tegas dalam menangani isu judi atas talian, kata Presiden Umno Zahid Hamidi.

“Saya juga membaca kenyataan SKMM bahawa pengguna media sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap iklan judi terbabit.

“Itu bukan jawapan yang tegas daripada SKMM.



“Selama ini SKMM bersama pasukan cybertroopers (tentera siber) begitu tegas dengan komen-komen panas. Sepatutnya cybertroopers yang diupah membentuk masyarakat jangan berjudi,” katanya.

Menulis di Facebook pagi ini, Zahid berkata, SKMM perlu memberi jawapan tegas akan membasmi sepenuhnya aktiviti judi atas talian.



Katanya, ini susulan kedegilan syarikat judi yang meneruskan aktiviti biarpun pelbagai operasi sudah dijalankan.

“Ada juga alasan syarikat menggunakan cip yang berpangkalan di luar negara,” katanya.

Bagaimanapun, Zahid mengingatkan bahawa rangkaian Internet dikawal oleh kerajaan.

“Maka SKMM boleh menyekat semua link atau laman web judi atas talian sebagaimana mereka menyekat ribuan laman web lucah.



“Bukankah begitu? Masalah ini boleh diselesaikan dengan cepat,” katanya

Najib ‘ajar’ kerajaan cara tarik pelabur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker