SKMM minta pemegang platform turunkan iklan judi raya, tak semestinya dipenuhi

Meskipun kerajaan sudah meminta penyedia platform media seperti Facebook, Twitter dan Youtube untuk menurunkan kandungan video judi raya di media mereka, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), permohonan itu mungkin tidak 100 peratus dipenuhi.

Menurut Pengerusi SKMM, Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, ini kerana platform itu berpangkalan di luar negara, justeru mungkin berpegang pada nilai yang berbeza dengan rakyat Malaysia.

“Kita kena faham ya, nilai yang dipegang oleh pemegang platform, bukanlah nilai-nilai masyarakat Malaysia, sebab mereka ini berpangkalan di luar negara. Dan dia mengguna pakai nilai-nilai tertentu.



“Jadi apa yang mungkin tidak baik untuk kita, (mungkin) bagi dia tak ada jadi masalah. Jadi kita tak boleh jangka 100 peratus (permohonan kita dipenuhi). Itu penting.

“(Mungkin) Orang ingat, bila kita memohon, mereka akan turunkan. Sebenarnya tidak. Tapi kita akan cuba untuk meneruskan meminta mereka untuk menurunkan,” katanya dalam sidang media di bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Putrajaya hari ini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru bilangan video yang telah diturunkan pemegang platform setakat ini.

Katanya, seperti semalam, angka kandungan yang telah diturunkan pemegang platform media adalah masih pada kadar 13 peratus daripada 61 kandungan video yang diminta oleh SKMM untuk diturunkan di platform seperti Facebook, Twitter dan Youtube.



Dua video iklan promosi judi bertemakan Hari Raya menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia, memandangkan judi ditegah dalam Islam dan menyifatkan ia sebagai mencemarkan imej Islam dan bulan Ramadan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker