Adira berpakat dengan madu fail cerai terhadap Datuk Red?

Adira berpakat dengan madu fail cerai terhadap Datuk Red?

Madu turut memfailkan cerai, penyanyi Adira Suhaimi enggan mengulas mengenai tindakan serupa yang dilakukan Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red terhadap suami mereka, Datuk Red.

Mengunci mulut serapatnya, pemilik nama lengkap Siti Adira Suhaimi, 32, hanya memaklumkan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang mendengar laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP).



Ibu kepada empat cahaya mata itu sekadar menyatakan menyerahkan keputusan proses tersebut kepada mahkamah.

“Maaf, tiada komen untuk itu, saya serahkan pada mahkamah sepenuhnya, ” katanya kepada Kosmo! Online, pagi tadi

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



Hari ini, hasil laporan JKP, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat memutuskan untuk melanjutkan sesi kepada proses Hakam yang dijadualkan pada 24 April 2024.

Disoal sama ada bakal menyambut Ramadan dan Syawal bersama suami, pelantun lagu Ilusi itu menegaskan dia tidak memikirkan dirinya sendiri sebaliknya anak-anak.

“Perkara ini rumit sebab dia masih berstatus suami saya.

“Namun saya tidak akan mengetepikan perasaan anak saya untuk beraya dengan bapa mereka.



“Walaupun nanti masih berpuasa dan beraya bersama, tetapi saya tidak akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri sepenuhnya sepanjang proses perceraian,” tuturnya tegas.

‘Saya bukan geng plastik hitam’

Sebelum ini, peguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memaklumkan anak guamnya turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.



Terdahulu, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan penceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. K Online

Adira berpakat dengan madu fail cerai terhadap Datuk Red?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai



Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker