Kejab Sokong Kejab Tak Sokong, Mahathir Flip Flop Sekali Lagi



Sebaran :

 

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, kehadirannya dalam sebuah acara anjuran kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) di Langkawi semalam tiada kaitan dengan politik.

Ahli Parlimen Langkawi itu merujuk kepada kehadiran beliau dalam majlis penyerahan dan penghargaan rakan strategik anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar di perkarangan Masjid Al-Ehsan, Temonyong, Langkawi semalam.

Mahathir berkata, kehadirannya dalam acara itu sebagai menghargai pihak swasta yang membantu rakyat Langkawi.



“Kehadiran saya tidak punyai kaitan politik sama sekali. Ini bukanlah bermakna saya sudah jadi penyokong kerajaan. Saya masih dalam parti lawan.

“Perjuangan saya dari dulu hingga sekarang masih sama, iaitu mahu jayakan orang Melayu supaya tidak ketinggalan di negara mereka sendiri.

“Saya menghargai kesediaan pihak swasta membantu rakyat Langkawi. Di sini memang ramai yang perlukan bantuan,” tulisnya di Twitter sebagai membalas komen sinis Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni.



“Ingat senang ke pembangkang kena panggil macam ni dalam program kerajaan PN, sedar-sedar lah wei,” tulisnya di Facebook berserta gambar Mahathir berucap di program tersebut.

Keadilan dalam neraca politik


Sebaran :


Leave a Reply