Kanak-kanak lemas dalam sawah takungan air



Sebaran :

Gambar Hiasan

ARAU – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun lemas selepas terjatuh dalam kawasan sawah takungan air ketika berbasikal bersama rakan dan adiknya di Kampung Hutan Kandis di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa, Mohamad Amir Faris Rohaizad bagaimanapun tidak dapat diselamatkan ahli keluarganya dan disahkan meninggal dunia.

“Mangsa bersama adiknya berusia lapan dan seorang rakan berusia 11 tahun sedang menunggang basikal secara berasingan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.



“Bagaimanapun, basikal dinaikinya tiba-tiba hilang kawalan dan mangsa tergelincir serta jatuh ke kawasan sawah takungan air untuk ikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, rakannya yang turut berada di tempat kejadian segera pulang ke rumah untuk meminta bantuan tetapi kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan memaklumkan kejadian itu lebih kurang jam 6.30 petang dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk bedah siasat.



Nanda berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


Sebaran :


Leave a Reply