5 bandar yang penduduknya berpuasa dengan tempoh paling panjang di dunia. Ada yang lebih 20 jam sehari


Umat Islam kini menjalani ibadah puasa sempena kedatangan bulan Ramadan. Menahan lapar dan dahaga sebelum terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.

Kita di Malaysia berpuasa lebih kurang 13 jam sehari. Panjang waktu berpuasa ini berbeza mengikut tempat di seluruh dunia berdasarkan keadaan muka bumi dan faktor geografinya.

Umat Islam yang berada di bahagian hemisfera utara akan berpuasa jauh lebih lama berbanding yang tinggal dekat dengan garisan Kutub Selatan. Malah, ada tempat yang penduduknya harus berpuasa sehingga lebih 20 jam sehari.

Ini 5 tempat yang penduduk Islam berpuasa untuk tempoh paling panjang di dunia.


Fairbank di Alaska

Fairbank merupakan sebuah bandar dalam wilayah Alaska di utara Amerika Syarikat. Terdapat komuniti Islam di sini lebih kurang 3,000 orang. Penduduk Islam di sini berpuasa antara 18 ke 20 jam sehari. Waktu imsak mereka sekitar pukul 3.00 ke 4.00 pagi dan berbuka antara pukul 10.00 ke 11.00 malam. Namun ada juga mereka yang tidak mampu mengikut tempoh panjang berpuasa itu lalu mengikut tempoh berpuasa seperti di Mekah.


Oslo di Norway

Oslo merupakan kota terbesar di Norway. Penduduk Islam di sini perlu berpuasa lebih 19 jam sehari. Terdapat tiga daerah di Oslo yang dihuni komuniti Muslim yang majoritinya berasal dari kumpulan migran yang datang ke daerah ini sejak tahun 2000. Waktu imsak mereka sekitar hampir pukul 3.00 pagi dan berbuka hampir pukul 10.00 malam.


Rejkyavik di Iceland

Merupakan ibu negara Iceland yang terletak di bahagian utara bumi. Antara waktu terpanjang berpuasa di bandar ini pernah mencapai tempoh antara 19 ke 22 jam berpuasa sehari. Terdapat hampir 3,000 umat Islam di sini. Walaupun berpuasa hampir satu hari tempohnya, ia sudah jadi kebiasaan pada umat Islam di sini. Waktu imsak mereka sekitar 2.30 pagi dan berbuka lebih kurang 10.30 malam.


Lulea, Sweden

Sebuah bandar yang terletak di utara Sweden. Penduduk Islam di sini tidaklah ramai, tetapi mempunyai persatuan mereka sendiri untuk menjaga kebajikan orang Islam. Waktu siang di sini amat panjang kerana kedudukannya yang dekat dengan garisan Artik. Mereka perlu berpuasa untuk tempoh antara 19 sehingga 21 jam sehari. Waktu imsak mereka lebih kurang pukul 1.30 pagi dan berbuka hampir jam 10.00 malam.


Murmansk, Rusia

Merupakan sebuah bandar di barat laut Rusia. Bandar pelabuhan ini terletak tidak jauh dari sempadan Norway dan Finland. Ia merupakan kota terbesar dalam lingkaran artik utara.

Waktu siang di sini amat panjang dengan cuaca yang ekstrim sejuk. Populasi penduduk Islam di sini tidak ramai, lebih kurang 6,000 orang saja. Fajar mulai terbit di bandar ini sekitar pukul 1.00 ke 2.00 pagi dan waktu Maghrib mereka selepas pukul 9.00 malam.

Bermakna, penduduk di sini perlu berpuasa lebih kurang antara 18 sehingga 20 jam sehari, dan pernah mencapai sehingga hampir 22 jam sehari. Umat Islam di sini berpuasa untuk tempoh yang paling panjang di dunia dalam bulan Ramadan. Utv

Benarkah meninggal dunia di bulan RAMADHAN terlepas seksa kubur?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker