Tips simpan daging agar bebas pencemaran, tahan lama

Tips simpan daging agar bebas pencemaran, tahan lama

Setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha ramai yang akan melakukan ibadah korban sama ada menyembelih lembu, unta, kambing dan sebagainya.

Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu tips yang betul untuk menyimpan lebihan daging korban tersebut supaya ia tahan lama dan selamat di makan.



Menerusi perkongsian pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di aplikasi Telegramnya, terdapat beberapa tips atau cara yang betul untuk menyimpan daging korban.

Katanya, pertama adalah jangan masukkan terus daging bersama plastik yang tidak bersih terus ke peti sejuk.

“Kemudian, buang bendasing yang terlekat pada daging seperti daun pisang, pasir dan serpihan kayu

“Seterusnya, potong daging kepada bahagian lebih kecil dan dimasukkan ke salam bekas plastik berpenutup mengikut kegunaan biasa di rumah,” tulisnya.



Selain itu tambah Ahmad Samhan, daging juga perlu diletakkan di bahagian sejuk beku yang suhunya sama atau kurang dari -18 °C.

“Asingkan simpanan daging dengan bahan makanan yang boleh dimakan terus (RTE) seperti ais krim supaya mengelakkan pencemaran silang berlaku.

“Akhir sekali amalkan lihat, hidu dan rasa sebelum menjamah sesuatu makanan,” K Online

Tips simpan daging agar bebas pencemaran, tahan lama




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker