Kes BodyGuard Dipukul: Dr. Maza Kata Maruah Agama & Umat Islam Dipijak!

 

 

Polis Klang Selatan menahan empat individu, yang disyaki terlibat dengan kejadian berkaitan dua pekerja lelaki yang telah dipukul secara bergilir, kerana berpuasa.
Dalam kenyataan semalam Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada pukul 4.16 petang semalami di Balai Polis Klang, berkaitan kejadian dua lelaki tersebut yang dipukul secara bergilir di bahagian belakang badan.
Dalam pada itu Mufti Perlis Dr. Maza juga turut mengulas itu berkenaan di facebook beliau. “Saya bersetuju ia bukan isu perkataan tapi -jika benar seperti yang didakwa- ia lebih besar dari isu perkauman, ia isu mencabar agama Islam!!
Umat Islam hendaklah memandang serius kebiadaban yang seperti ini. Jika mereka terlepas, ertinya maruah agama dan Umat Islam di negara ini telah dipijak!!”

Related Articles

One Comment

  1. Diharap kita tidak keterlaluan melabelkan kes ini sebagai kes penghinaan terhadap Islam, ditakuti akan menyebabkan tindak balas di luar jangka oleh orang Muslim ke atas bukan Muslim seperti di negara2 Islam Asia Selatan dan Eropah. Ini cuma kes terpencil dan lagi pun yang melakukan perbuatan ini disyaki sebagai penjenayah dan sedang didakwa. Apa yang perlu, umat Muslim di negara ini perlu terus menunjukkan budi pekerti dan akhlak yang baik supaya Islam di pandang tinggi dan mulia.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker