Jangan terperangkap dengan sandiwara identiti ‘Cina’ ultra kiasu – Prof Dr. Ridhuan Tee
DAP dengan Cina sudah sinonim, hairan kenapa masih ada Melayu sanggup jadi macai
KENYATAAN Ronnie Liu semalam sudah jelas menunjukkan wajah sebenar parti ultra kiasu ini, yang berpusat kepada cauvinis Cina atau Cina sentrik, walaupun mereka mencanangkan ia parti berbilang kaum. DAP katanya tidak perlu mencairkan kecinaannya bagi meraih sokongan bukan Cina, terutama orang Melayu, termasuk menjadi ahli parti.
Hairannya, kenapa orang Melayu yang masuk parti ini masih tidak sedar. Malah sanggup menjunjung dan bermati-matian mempertahankan parti ini.
Kenyataan beliau segera dinafikan oleh pemimpin seperjuangannya, terutama yang perempuan Cina berkahwin campur itu, yang meletakkan bangsa anaknya, anak Cina. Walaupun sepatutnya dia perlu mengikut bangsa suaminya (India).
Tidak lama selepas itu, Ronnie Liu cuba menjernihkan keadaan dengan menyatakan ucapannya disalahfahamkan.
Ucapan asli beliau dalam bahasa Mandarin diterjemahkan seperti berikut.
“DAP adalah parti pelbagai kaum. Parti ini tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik kita. Kita harus memelihara budaya parti, serta semangat perlembagaan parti, perjuangan politik pluralistik dan demokratik”.
“DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina. Kamu tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dengan pendekatan ini.”
Bagaimanapun, kenyataan tersebut dikritik pemimpin seperjuang mereka dan menyifatkan Liu sebagai “cauvinis Cina yang tidak diperlukan parti”, “pemikiran sempit dan toksik”.
Liu tampil menyatakan menggambarkan dirinya sebagai cauvinis Cina adalah tidak adil.
Sukar untuk elak pertembungan sesama sekutu, tapi tidak mustahil – Pas
Liu memuat naik gambarnya memakai baju Melayu berwarna biru muda dengan ucapan “Salam Ramadan daripada Ronnie Liu.” Kata Liu lagi,
“Saya memakai baju Melayu sejak Tingkatan Enam. Saya tinggal dan belajar di asrama yang majoritinya pelajar Melayu,” katanya menyorot ketika dia berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud di Raub, Pahang.
Tak payah respon panjang lebar, saya nak jawab mudah sahaja, “kecinaan bukan terletak kepada pakaian Melayu, atau ucapan selamat berpuasa, tetapi terletak kepada hati dan perangai kamu.
Pakaian baju Melayu sehingga jadi macam tokong sekalipun, ucaplah selamat berpuasa sampai kering tekak, selagi perangai tidak sama menunjukkan itu, apa yang dipakai, apa yang diucap, semua itu hanya palsu.
Membaca kenyataan yang diterjemahkan ini, memang jelas, bahawa parti ini tidak mahukan korbankan kecinaannya, meskipun dibuka kepada berbilang kaum.
Takkan kita masih tak faham? Masih buta?
Parti perlu kekal Cina atau individu yang perlu kekal Cina?
Jika individu Cina kekal Cina, macam saya walaupun telah memeluk Islam. Saya fikir ini tidak salah dan tidak pula menjadi masalah. Kerana saya tetap dengan asal kejadian bangsa yang Allah ciptakan.
Pun begitu, saya tetap berasimilasi, masuk ke dalam bangsa majoriti, bagi memahami majoriti, demi perpaduan sejati.
Tetapi bila sebut parti, bila disebut dalam perlembagaan parti, ia berbilang kaum, kepunyaan semua kaum, maka ia tidak boleh kekalkan Cina atau menjadikan Cina sebagai teras. Jika ia menjadikan Cina teras juga, bermakna memang cauvinis atau perkauman.
Dalam kata lain, DAP tidak boleh menjadikan Cina sebagai identiti partinya sama sekali. Pemimpin dan ahli Cina tidak ada masalah kekal Cina.
Persoalannya, benarkah parti ini yang majoriti dominasinya Cina, benar-benar Cina atau terlalu kecinaan?
Pelik! Bilangan murid Cina menurun, tapi masih tuntut bina sekolah vernakular
Contoh, saya nak kata, Liu ini terlalu Cina tidak boleh juga sebab, dia ada tambah nama mat salleh iaitu Ronnie. Mata sepet, tetapi nama mat salleh. Sama juga nama-nama lain mat salleh seperti Joseph, Honey, Anthony, Tony, Teresa, dan lain-lain. Nama nak nama mat salleh tetapi perangai mahu Cina. Macam mana ni?
Bandingkan dengan macam nama-nama Cina di negara China dan Korea, betul-betul Cina totok.
Kalau Cina, jadilah Cina tulen, tak payah, tambah nama. Tambah nama dengan nama mat salleh pulak, yang tidak ada kena-mengena dengan bangsa-bangsa negara ini.
Kenapa yer? Lu fikirlah sendiri.
Macam saya lain, saya tambah nama Ridhuan Tee, sebagai identiti saya dah Islam. Tetapi jika terus kekal dengan nama Cina pun tidak ada masalah, kerana Islam bukan terletak pada nama.
Tapi tak teringin pulak letak nama mat salleh.
Hairannya, ultra kiasu tinggal dalam sebuah negara Melayu tetapi tambah nama mat salleh.
Kenapa tidak ikut macam orang Cina Kelantan? Cina Kelantan suka letak nama-nama Melayu pada nama mereka seperti Awang, Jusuh dan lain-lain.
Kenapa bermata sepet ini teruja dengan nama mat salleh daripada nama-nama Melayu ya? Siapa mereka sebenarnya? Apa agenda mereka?
Ultra kiasu yang kahwin dengan India itu pula, kenapa tidak letakkan nama bangsa India kepada anaknya, tetapi bangsa Cina. Namanya pula tak nampak pulak macam India.
Ingat tak lagi agenda Malaysia for Jesus? Saya tak mahu ulas panjang lagi…Sama-sama kita fikirkan…
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
You must be logged in to post a comment.