Isu Viral – Rita Rudaini Dituduh Tak ‘Move On’

Bukan perkara mudah buat pelakon Rita Rudaini yang sudah hampir lapan tahun bergelar ibu tunggal kerana dialah ibu dan dia juga bapa. Sudah pasti, Rita mahukan yang terbaik buat anak-anaknya.

Rita menerusi laman Instagram baru-baru ini dilihat ada memuat naik posting anaknya, Airit Rayyan Rizqin diberi tugasan oleh gurunya untuk membuat carta keluarga atau ‘family tree’ beserta gambar.

Melihat pada entri itu, Rita bergurau mahu meletakkan gambar pelakon Korea bagi menggantikan gambar bekas suaminya, pemain bola sepak terkenal Aidil Zafuan namun bimbang cikgu pula akan pengsan.

 

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat gambar anaknya itu. Namun, ada juga yang mengecam serta menuduh Rita belum ‘move on’ dari bekas suaminya itu.

Tidak mudah melatah, Rita dilihat tampil membalas komen netizen itu supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melemparkan tuduhan tidak wajar.

Untuk makluman, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

 

 

DIGELAR ‘GILA MEROYAN’ & ‘GILA TALAK’ – RITA AKUI TIADA NIAT UNGKIT KISAH LAMA

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker