Bekas penyampai radio Era dan Suria, Subi meninggal dunia


KUALA LUMPUR : Pada hari pertama umat Islam menyambut kedatangan bulan puasa, bekas penyampai radio Era FM dan Suria FM, Subarma Mohtaruddin atau Subi dijemput oleh Allah ke negeri abadi.

Personaliti radio berusia 55 tahun itu menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 1.38 petang di Hospital Serdang akibat pelbagai komplikasi.

Allahyarham Subi juga menjalani pembedahan buang usus sepanjang 1.8 meter pada pukul 3.30 petang Isnin.

Menurut anak sulungnya, Nur Adibah, 24, ayahnya sebelum itu dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengadu sakit perut dan muntah.



Tambahnya, doktor sebelum itu mengesahkan ada saluran tersumbat pada bahagian usus dan pusat Allahyarham juga bengkak.

Susulan itu, Subi perlu menjalani pembedahan segera bagi mengetahui punca penyakit.

“Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas azan Zohor,” katanya.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dengkil, Sepang pada petang ini.

Selain Nur Adibah, Allahyarham juga meninggalkan seorang lagi anak, Muhammad Yusof, 19, dan isteri Aishah Saironi, 57.



“Arwah bukan sahaja seorang pengurus, abang dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu pengetahuannya. Saya banyak belajar darinya ketika kami berkhidmat di Era, saya sangat berterima kasih atas nasihat dan masa yang dikongsi oleh Arwah waktu itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ripple Media, Seelan Paul ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.

Kini JoHaRaRy! Sherry Al-Hadad Sertai ERA Sebagai Penyampai Radio



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker