1 pesakit AS maut, 1 lagi kritikal selepas terima vaksin J&J


WASHINGTON: Seorang pesakit di Amerika Syarikat meninggal dunia akibat komplikasi pembekuan darah selepas menerima vaksin Johnson & Johnson Covid-19, manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal, kata saintis kanan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA).

Keseluruhannya, enam wanita berusia 18 hingga 48 tahun mengalami pembekuan darah di otak yang jarang berlaku dengan platelet darah rendah antara enam hingga 13 hari selepas disuntik vaksin itu.

“Satu daripada kes itu maut, dengan seorang lagi pesakit dalam keadaan kritikal,” kata Peter Marks ketika dihubungi wartawan.

Marks mengaitkannya dengan gangguan sama yang dilaporkan di Eropah selepas orang menerima vaksin AstraZeneca, yang juga menggunakan teknologi vektor adenovirus.



Penyakit itu dianggap berpunca daripada tindak balas imum jarang berlaku terhadap vaksin yang menyebabkan pembekuan darah.

Anne Schuchat, pegawai kanan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit, berkata risiko sangat rendah untuk orang yang menerima vaksin sebulan atau lebih lama.

“Bagi mereka yang baru menerima vaksin dalam dua minggu lalu, mereka sepatutnya berhati-hati terhadap sebarang simptom.

“Jika anda menerima vaksin dan mempunyai sakit kepala teruk, sakit di bahagian perut, kaki atau semput, anda patut hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda.” FMT



FDA dedah 6 maut ujian percubaan vaksin Pfizer/BioNTech

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker