Lakukan ‘gencatan politik’ sepanjang Ramadhan – Syed Ali
KUALA LUMPUR: Semua pihak khususnya pemimpin, penyokong dan pemain politik diminta mengambil pendekatan untuk melakukan ‘gencatan politik’ sepanjang Ramadan ini.
Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee berkata, langkah itu penting bagi mengelak berlakunya perbuatan dan tutur kata yang boleh menjejaskan kesucian ibadat berpuasa menerusi hemburan kata fitnah, maki-hamun, mengumpat, berburuk sangka dan adu domba.
“Sebaliknya, marilah kita mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan termasuk amalan sunat dan bersedekah sepanjang Ramadan, bulan milik Allah yang dijanjikan dengan seribu rahmat dan ganjaran pahala.
“Saya juga ingin menyeru kepada seluruh umat Islam terutama yang bermaustautin di Wilayah Persekutuan dan pembayar zakat supaya berterusan membayar zakat sepertimana yang dituntut oleh syarak, menerusi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP atau saluran yang telah ditetapkan.
“Saya mengharapkan kita semua akan menjalani ibadat puasa dengan penuh kesyukuran, keinsafan dan tawaduk agar amalan kita di sepajang bulan Ramadan ini akan meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Isnin.
Terdahulu, PPZ-MAIWP meletakkan sasaran kutipan lebih tinggi berbanding tahun sebelum iaitu daripada RM768 juta pada 2020 kepada lebih RM800 juta tahun ini.
Sasaran itu dibuat selaras prestasi memberangsangkan ditunjukkan pada tahun lalu yang menyaksikan kutipan zakat agensi itu mencatat peningkatan kira-kira 12 peratus berbanding RM682 juta pada 2019.
Syed Ali sebelum ini meminta individu yang telah cukup syarat berzakat supaya perlu segera melaksanakan bayaran bagi membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.
Ujarnya, pandemik telah memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat kerana ramai yang terjejas dari segi pendapatan apabila dibuang kerja, dipotong gaji dan sebagainya. Awani
‘Janggal jika Ahmad Zahid tidak dilantik jadi TPM’ – Syed Ali
You must be logged in to post a comment.