Hamzah kata tukar pegawai kanan PDRM keputusan majoriti dalam SPP, nafi campur tangan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menafikan penglibatan beliau dalam urusan campur tangan pertukaran pegawai kanan polis.

Beliau berkata, sebarang urusan pertukaran pegawai kanan polis adalah keputusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).

“Saya tidak pernah mencampuri urusan polis, saya minta maaflah kalau ada orang yang mengatakan saya mencampurinya.

“Tapi ini jelas, kerana saya adalah pengerusi SPP kalau ada keputusan yang telah dikeluarkan adalah keputusan SPP, tapi itulah kadang-kadang keputusan ini ada khilafnya ada orang yang kadang-kadan menerima sesuatu keputusan itu dengan cara (maksud) lain,” katanya selepas hadir Program Wacana Meja Bulat bersama Menteri Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Hamzah berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai isu campur tangan beliau dalam pertukaran pegawai kanan polis.

“Apa yang paling penting keputusan itu harus dilihat sebagai keputusan SPP. Betullah saya Menteri, tetapi saya pengerusi SPP.

Kerajaan dah tak ada banyak wang, kata Muhyiddin

“Jadi keputusannya adalah keputusan majoriti dan saya sentiasa ikut keputusan majoriti. Daripada saya buat keputusan sendiri, saya rasa elok semua pihak memahami bahawa SPP adalah suruhanjaya yang paling tinggi, kerana ia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri,” katanya.

Selain itu Hamzah berkata, adalah benar bahawa watikah pelantikan Ketua Polis Negara juga adalah daripada Yang di-Pertuan Agong.

Hamzah berkata pada masa sama, SPP seharusnya diletakkan di tempat paling atas daripada Ketua Polis Negara, kerana segala keputusan polis dibuat dalam majlis itu (SPP) daripada (berbanding hanya) melibatkan seorang individu.

Sementara itu, ditanya mengenai pertemuannya bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Hamzah enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.

Pada 10 April lepas, Abdul Hamid dilapor akan berjumpa Hamzah dalam masa terdekat untuk meneruskan semula pelaksanaan pertukaran pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini.

– Bernama

Bekas hakim mahkamah syariah, bekas pemimpin PAS sertai PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker