Masjid terbakar, persiapan Ramadan musnah

REMBAU: Persiapan menyambut kedatangan Ramadan dan memulakan solat tarawih kira-kira sehari lagi buat jemaah Masjid Kariah Kampung Bongek, di sini, musnah selepas masjid berkenaan terbakar, semalam.

Pengerusi Masjid, Harun Abdul Rahman, 65, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, dia bersama beberapa rakan sedang menyertai kursus tajwid di Dewan Orang Ramai Chengkau sebelum menerima panggilan daripada penduduk.

“Saya terus ke masjid dan melihat kepulan asap. Masa itu bomba sudah ada memadamkan kebakaran. Ikutkan, kami baru sahaja melaksanakan kerja-kerja gotong-royong bagi persiapan menyambut Ramadan di masjid berusia lebih 60 tahun ini.



“Teruja tahun ini boleh melaksanakan tarawih di masjid, kami sepakat mengantikan karpet baharu buat masjid yang bernilai lebih RM40,000 bagi keselesaan menyambut lebih 150 jemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di masjid tersebut, semalam.

Tamat pengajian di Singapura, Syed Saddiq sumbang RM50,000 kepada golongan memerlukan di Muar

Menurut Harun, buat masa ini, masjid berkenaan tidak dapat digunakan untuk solat tarawih dan jemaah dialu-alukan menunaikan ibadah tersebut di tiga buah surau di perkampungan berkenaan serta yang terletak berdekatan.



Sementara itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 10.19 pagi.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan 2, Amer Izham Mokhtar berkata, pihaknya tiba di lokasi iaitu lima minit selepas menerima panggilan kecemasan.

“Kami mengambil masa kira-kira lima minit bagi mengawal kebakaran membabitkan masjid berkeluasan 80×60 meter persegi dan kebakaran dapat dipa­damkan sepenuhnya pada pukul 10.57 pagi.

“Kebakaran dianggarkan 70 peratus membabitkan ruangan mimbar jemaah lelaki, bilik imam dan tempat buku agama, sistem audio, jemaah wanita dan bilik mesyuarat termasuk siling serta struktur dinding bahagian dalam masjid sahaja,” katanya.



Menurutnya, punca kebaka­ran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan

Pas belum sedia terima Amanah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker