MOF nafi jual pegangan, akui masih miliki 51% pegangan Menara TRX

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan masih pemegang majoriti dalam syarikat yang membangunkan Menara Exchange 106 di Tun Razak Exchange (TRX).

Ini susulan penjelasan koperasi pelaburan bahawa ia tidak membeli pegangan dalam syarikat berkenaan, Pembangunan Harta Mulia Sdn Bhd daripada kementerian terbabit.

Dalam kenyataan, kementerian berkata ia tetap pemegang majoriti dalam projek itu menerusi MKD Signature Sdn Bhd (MSSB), yang masih pemegang saham utama Pembangunan Harta Mulia.



“Tiada perjanjian mengenai penjualan saham itu kepada mana-mana pihak.

“Penjualan saham MSSB dalam Pembangunan Harta Mulia tertakluk kepada perjanjian jual beli dan perjanjian pemegang saham pada 2017.”

Di bawah perjanjian berkenaan Kumpulan Mulia mempunyai hak untuk opsyen beli bagi saham berkenaan pada harga yang dipersetujui selepas melunaskan hutang diberikan MSSB.

UMNO bincang isu pemilihan parti dalam mesyuarat MT Ramadan nanti – Ahmad Maslan



Terdahulu, Koperasi Amanah Pelaburan Bhd (KAPB) berkata ia telah “tidak sengaja memaklumkan” media mengenai pembelian saham dalam projek pembangunan itu.

Ketika itu, Pengerusi KAPB Ilyas Mohamed telah berkata pegangan berkenaan dibeli daripada kementerian kewangan dan Kumpulan Mulia.

KAPB hari ini menjelaskan syarikat gabungan, AP Holding Berhad telah memasuki perjanjian dengan Kumpulan Mulia berhubung perkongsian strategik yang turut merangkumi pilihan untuk memperoleh pegangan dalam Exchange 106, tertakluk kepada izin kementerian kewangan.



Bagaimanapun, tiada saham diperoleh setakat ini.

Muhyiddin tunggu Umno pecah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker