Ini kesannya parti Melayu bertelingkah, DAP lebarkan pengaruh

Jangan jadikan agama dan bangsa sebagai pelaris sahaja

Pergolakan yang berlaku antara parti Melayu di Kelantan memungkinkan rakyat negeri itu berubah selera mengundi calon baru dari parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pertelingkahan parti-parti Melayu juga memberi peluang keemasan kepada parti tamak haloba DAP untuk melebarkan pengaruhnya di negeri terkenal sebelum ini sebagai negeri majoriti Melayu.

Ketua Perhubungan ISMA Negeri Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir memberi amaran, parti berkenaan akan cuba untuk menonjolkan bahawa perjuangan mereka lebih Melayu dari parti-parti Melayu dengan strategi yang lunak dan halus.

Lebih lebih lagi katanya, kemampuan dengan bantuan material dan kebendaan.

“Dengan strategi yang lunak dan halus, tidak mustahil rakyat Kelantan akan terpikat dengan DAP. Pada masa yang sama mereka eksploitasi orang Melayu di Kelantan untuk memikat pengundi Melayu agar bersama DAP.

“Parti-parti Melayu setakat ini kekal dengan ego masing masing untuk tidak akan bersepakat.

Mahathir perlu bertanggungjawab apa yang berlaku sekarang – Anwar

“Mula dah kedengaran lelongan murah kononnya mereka akan perjuangkan bangsa Melayu dan agama. Hakikat sebenarnya itu hanya ‘pelaris’ jualan. Mereka menjadikan agama dan bangsa sebagai pelaris sahaja,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Dalam pada itu, Ustaz Sharipudin mengingatkan bahawa rakyat sudah mula muak dengan sikap dan tingkah lalu pergolakan parti-parti Melayu.

Beliau berkata, budaya ‘cas keting’ memang perkara biasa dalam politik di Kelantan.

“Ambang PRU15 sudah kedengaran seolah-olah tidak akan ada pembahagian kerusi antara parti parti Melayu.

“Ini bermakna semua parti akan bertanding mengikut parti masing masing. Pertembungan beberapa penjuru akan berlaku termasuk calon Melayu dari DAP,” katanya.

Terdahulu, DAP dilaporkan bercita-cita meletakkan calon untuk bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bendahari Kebangsaan DAP, Fong Kui Lun berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kejayaan parti mengadakan konvensyen negeri buat julung kalinya pada Jumaat lepas.

Katanya, DAP pusat akan berbincang dengan wakil negeri itu untuk meletakkan calon tempatan tidak kira Melayu, Cina atau India, asalkan calon tersebut memiliki integriti.

Hamzah jangan kacau kerja KPN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker