BEKAS KEKASIH PU RIZ – AMAL SYAHMINA

Nama Amal Syahmina sebelum ini menjadi bualan ramai dan hangat diperkatakan sehingga trending di Twitter apabila memuat naik satu kenyataan mendedahkan hubungannya dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, terlerai selepas kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun, Amal reda dengan ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas kekasihnya yang merupakan seorang pendakwah dan pelakon itu.

Meskipun PU Riz sudah mendirikan rumah tangga dengan selebriti terkenal Noor Neelofa, namun perkongsian Amal masih lagi menjadi perhatian netizen yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Terbaru, Amal ada memuat naik gambarnya tersenyum manis sambil memegang sejambak bunga. Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan semula jadi gadis itu.

Malah, ramai menitipkan doa agar gadis itu bertemu jodoh dengan lelaki yang baik serta mendapat kebahagiaan yang diimpikan.

Biodata Dan Latar Belakang Nonny Nadirah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker